Monday, November 3, 2014

Dataran Pasar Lambak Bandar Pontian Jadi Lokasi Tetap Big Screen

Pada hari Sabtu, 1/11/2014, Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian dgn kerjasama Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan tayangan big screen bg perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan JDT dan Pahang.

Tayangan big screen yang buat julung kalinya diadakan bersebelahan tapak pasar lambak telah mendapat sambutan yang memberansangkan oleh penduduk Pontian. Secara tidak langsung telah membantu menambah pendapatan peniaga-peniaga gerai makan (gerai tolak) berhampiran.

Dianggarkan pengunjung yang hadir pd mlm tersebut adalah seramai 2000 lebih. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian, Saudara Mohd Helmi b. Hj. Buang berkata, program seperti ini akan diteruskan & diperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang. Beliau amat berbesar hati dengan sambutan dan semangat penduduk Pontian yg tidak mengira usia dan kaum. Program seperti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan pelbagai peringkat usia.

Tahniah diucapkan kpd semua AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PONTIAN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

0 comments:

Post a Comment