Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

.....................................

Pemuda Umno Pontian

....................................

Thursday, November 27, 2014

Bantahan Terhadap Penganjuran Miss Pontian di Plaza Pontian

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian (PPUBP), Sdr. Mohd. Helmi b. Buang telah membantah sekeras-kerasnya terhadap penganjuran event Miss Pontian yang akan berlangsung pada 30/11/2014 bertempat di Plaza Pontian.
Bantahan ini juga telah disokong sebulat suara oleh kesemua AJK PPUBP. Penganjuran program-program yg berbentuk hiburan dan keseronokan spt ini lbh mendatangkan tanggapan yg negatif terhadap orang ramai secara amnya dan mencemar kesucian agama Islam secara khususnya.

Sunday, November 16, 2014

Program Membara Kebudayaan Malaysia

1 Pertandingan Kompang & Zapin akan diadakan pada 22/11/2012 ini bertempat di tapak Kebudayaan Majlis Daerah Pontian berhahadapan dengan Balai Bomba (sebelah Masjid Jamek Bandar Pontian).

Pertandingan ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian (PPUBP) dengan kerjasama JASA Daerah Pontian sempena Hari Keputeraan ke Bawah DYMM Sultan Johor. Keterangan lanjut boleh hubungi:-

1) Sdr. Mohd Iskandar, Ketua Penerangan PPUBP (019-799 4229)

2) Sdr. Mohd Ehsan (019-704 2922)

3) Sdr. Salim (019-770 0058)

Monday, November 3, 2014

Dataran Pasar Lambak Bandar Pontian Jadi Lokasi Tetap Big Screen

Pada hari Sabtu, 1/11/2014, Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian dgn kerjasama Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan tayangan big screen bg perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan JDT dan Pahang.

Tayangan big screen yang buat julung kalinya diadakan bersebelahan tapak pasar lambak telah mendapat sambutan yang memberansangkan oleh penduduk Pontian. Secara tidak langsung telah membantu menambah pendapatan peniaga-peniaga gerai makan (gerai tolak) berhampiran.

Dianggarkan pengunjung yang hadir pd mlm tersebut adalah seramai 2000 lebih. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian, Saudara Mohd Helmi b. Hj. Buang berkata, program seperti ini akan diteruskan & diperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang. Beliau amat berbesar hati dengan sambutan dan semangat penduduk Pontian yg tidak mengira usia dan kaum. Program seperti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan pelbagai peringkat usia.

Tahniah diucapkan kpd semua AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PONTIAN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.