Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

.....................................

Pemuda Umno Pontian

....................................

Tuesday, March 25, 2014

Penjelasan Mengapa Pesawat MH370 Di Umumkan Berakhir Di Selatan Lautan Hindi







KUALA LUMPUR - Kedudukan terakhir pesawat MH370 yang hilang, dikenal pasti melalui penggunaan 'kesan Doppler' oleh Air Accident Investigation Branch (AAIB) United Kingdom dan Satelit Inmarsat.

Pemangku Menteri Pengngkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Inmarsat mencipta kaedah inovatif kedua ini, yang mengambil kira halaju pesawat berkenaan dan kaitannya dengan satelit berkenaan.


Menurut beliau, berdasarkan pergerakan relatif ini, frekuensi yang diterima dan dipancarkan akan berbeza daripada nilai normalnya, sama seperti bunyi sebuah kereta berubah apabila ia semakin dekat dan berlalu.


Ini dikenali sebagai kesan Doppler," katanya pada sidang akhbar mengenai"kemajuan usaha mencari pesawat tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Beliau berkata kaedah Inmarsat itu membuat analisis tentang perbezaan antara frekuensi yang dijangka diterima stesen bumi dengan frekuensi sebenar yang diukur dan perbezaan yang wujud adalah hasil daripada kesan Doppler, yang dikenali sebagai 'Burst Frequency Offset'.


Hishammuddin berkata 'Burst Frequency Offset' berubah mengikut lokasi pesawat terbabit dalam arca yang berkemungkinan menjadi tempatnya berada, arah pergerakan dan kelajuannya.


"Untuk mendapatkan keyakinan terhadap teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya itu dengan maklumat yang diperoleh daripada enam pesawat B777 lain yang terbang pada hari sama di pelbagai arah. Terdapat persamaan yang meyakinkan.


"Ketika berada di bumi di lapangan terbang Kuala Lumpur dan pada peringkat awal penerbangannya, MH370 menghantar beberapa mesej.


"Pada peringkat itu, lokasi pesawat berkenaan dan satelit, telah dikenal pasti, maka oleh itu, perkiraan bolehlah dibuat tentang ciri-ciri sistem pesawat terbabit, satelit dan stesen bumi," katanya.


Beliau berkata analisis ini menjadi asas bagi kajian selanjutnya dalam usaha menentukan kedudukan terakhir pesawat MH370."Sejajar dengan itu, pasukan penyiasat Malaysia menubuhkan sebuah kumpulan kerja antarabangsa, yang dianggotai agensi yang memiliki kepakaran dalam bidang komunikasi satelit dan prestasi pesawat, untuk meneruskan tugas berkenaan," katanya.

Beliau berkata walaupun banyak lagi kerja perlu dibuat, kerajaan berterima kasih kepada Inmarsat, AAIB dan pasukan penyiasat antarabangsa, yang sedang meneruskan tugas mereka dengan pihak berkuasa Malaysia.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat berkenaan berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis baharu AAIB dan Inmarsat.

Penerbangan ke Beijing itu hilang pada 8 Mac. Pengumuman Najib itu mengakhiri operasi mencari dan menyelamat yang diadakan selama 17 hari dan disifatkan sebagai operasi terbesar dalam sejarah penerbangan, dengan melibatkan 26 negara.

Bagaimanapun, spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 terus tersebar kerana hingga kini, belum terdapat jawapan konkrit mengenainya. Ia mungkin berakhir setelah kotak hitam dijumpai. - Bernama

Al-Fatihah Buat Penumpang dan Krew Penerbangan MH370.


Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

Salam Takziah dari kami Pergerakan Pemuda Umno Pontian kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Thursday, March 20, 2014

Program Bacaan Yassin dan Doa keselamatan MH730


Program bacaan yassin dan keselamatan kepada penumpang dan krew penerbangan MAS boeing 777 #MH730 anjuran Biro Agama dan Dakwah PPU Bahagian Pontian dengan kerjasama PPU Cawangan Kg Dalam Pontian.Tahniah diucapkan kepada yang terlibat.

Wednesday, March 19, 2014

Program Bacaan Yasin dan Tahlil anjuran Biro Agama dan Dakwah

Program Bacaan Yasin dan Tahlil anjuran Biro Agama dan Dakwah, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, Pontian.

Orang ramai dijemput hadir seperti ketetapan berikut.




Barisan AJK Surau yang diketuai oleh Tuan Imam Surau Al-Ikhlas, Ketua Cawangan Kg. Dalam, Tn. Hj. Kayon dan Tn. Hj. Mohd Khalid B. Surajee. Bacaan Yassin ini dipimpin oleh Tuan Imam Surau Al-Ikhlas.

Antara AJK Pemuda yang hadir pada malam tersebut ialah Saudara Mohd Zaki & Saudara Hj. Mohd Nasir Sarkan.





Saudara Ariffin dan Fyeruss yang turut hadir pada malam tersebut sedang membincangkan sesuatu berkenaan program seterusnya. 


Saudara Iskandar, Ketua Penerangan turut melapangkan masa untuk hadir ke program Bacaan Yasin dan Tahlil di Surau Al-Ikhlas pada malam tersebut. Di sebelahnya ialah Sdr. SUK, Mohd Ehsan yang sentiasa sibuk menjalankan tugas tidak mengira masa dan tempat.

Sdr. Nasaruddin B. Mohd Noh, selaku Ketua Pemuda Cawangan Kg. Dalam sedang memberi ucapan dalam majlis tersebut. Antara petikan ucapan beliau adalah beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kpd AJK Pemuda UMNO Bhg. Pontian yg tlh berjaya mengadakan program keagamaan ini. Beliau mengharapkan lebih ramai lagi golongan anak2 muda untuk turut serta dalam program keagamaan spt ini. 




Sdr. Fakhrur Razi ialah salah seorang Ahli Pemuda Cawangan Bandar Pontian merangkap AJK Biro Media Online Pemuda UMNO Bahagian Pontian, turut hadir pada program tersebut. 

Tuesday, March 18, 2014

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PONTIAN

Ketua Pemuda
En Mohd Helmi Bin Buang

Naib Ketua Pemuda
En Mohd Rizaudin Bin Bakar

Penolong Setiausaha
En Rosdi Bin Hassan

Setiausaha Kerja
Mohd Ehsan bin Abd Rahim

Penolong Bendahari
En Mazlin Bin Rahmad @ Ab Rahman

Ketua Penerangan
En Mohd Iskandar Bin Selamat

Ahli Jawatankuasa

- Hj Mohd Nasir Bin Sarkam                        
- Mohd  Faizal Bin Bachok            
- Mohd Razi Bin Masuan
- Daeng Jaafar Bin Saadon
- Ujang Bin Abdullah
- Mohd Faizan Bin Seng
- Norizan Bin Johari  
- Mohamad Zamrul Bin Mohd Nor
- Mohd Azhar Bin Mail
- Mohd Zaki Bin Ehwan
- Abd Muttalib Bin Hashim
- Mohd Nor Fyerus Bin Hj Ngarif
- Mohamad Kamal Bin Misri
- Mohd Rizal Bin Mohmad Sahibek
- Mohammad Hafizan Bin Simahbud
- Sayefullah Bin Jasman
- Mohd Ariffin Bin Mohd Yusof
- Shah Hairulzaman Bin Shahrum