Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

.....................................

Pemuda Umno Pontian

....................................

Saturday, December 27, 2014

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Perdana Anjuran Pemuda UMNO Bhg. Pontian

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi yg tlh mengurniakan kesihatan, keselamatan & keberkatan dlm kehidupan kita semua.

Alhamdulillah & tahniah kpd PPUBP yg tlh berjaya menganjurkan program keagamaan yg sgt sesuai & tepat pd masanya iaitu Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Perdana di Masjid Jamek Kg. Pt. Tengah pd hari Khamis, 25/12/2014 yg lalu.

Antara acara yg diadakan dalam majlis tersebut ialah solat Maghrib & Isyak secara berjemaah, bacaan yasin & tahlil, solat hajat mendoakan keselamatan & kekuatan kpd mangsa2 banjir seluruh negara serta bantuan kpd usahawan Bumiputera.

Saudara Mohd Helmi B. Buang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian yg turut hadir bersama beberapa org Ajk PPUBP yg lain melahirkan rasa bersyukur & merakamkan penghargaan kpd semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dlm menjayakan program ini. In sha Allah program sebegini rupa akn diteruskan pd masa akn dtg.

Thursday, November 27, 2014

Bantahan Terhadap Penganjuran Miss Pontian di Plaza Pontian

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian (PPUBP), Sdr. Mohd. Helmi b. Buang telah membantah sekeras-kerasnya terhadap penganjuran event Miss Pontian yang akan berlangsung pada 30/11/2014 bertempat di Plaza Pontian.
Bantahan ini juga telah disokong sebulat suara oleh kesemua AJK PPUBP. Penganjuran program-program yg berbentuk hiburan dan keseronokan spt ini lbh mendatangkan tanggapan yg negatif terhadap orang ramai secara amnya dan mencemar kesucian agama Islam secara khususnya.

Sunday, November 16, 2014

Program Membara Kebudayaan Malaysia

1 Pertandingan Kompang & Zapin akan diadakan pada 22/11/2012 ini bertempat di tapak Kebudayaan Majlis Daerah Pontian berhahadapan dengan Balai Bomba (sebelah Masjid Jamek Bandar Pontian).

Pertandingan ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian (PPUBP) dengan kerjasama JASA Daerah Pontian sempena Hari Keputeraan ke Bawah DYMM Sultan Johor. Keterangan lanjut boleh hubungi:-

1) Sdr. Mohd Iskandar, Ketua Penerangan PPUBP (019-799 4229)

2) Sdr. Mohd Ehsan (019-704 2922)

3) Sdr. Salim (019-770 0058)

Monday, November 3, 2014

Dataran Pasar Lambak Bandar Pontian Jadi Lokasi Tetap Big Screen

Pada hari Sabtu, 1/11/2014, Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian dgn kerjasama Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan tayangan big screen bg perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan JDT dan Pahang.

Tayangan big screen yang buat julung kalinya diadakan bersebelahan tapak pasar lambak telah mendapat sambutan yang memberansangkan oleh penduduk Pontian. Secara tidak langsung telah membantu menambah pendapatan peniaga-peniaga gerai makan (gerai tolak) berhampiran.

Dianggarkan pengunjung yang hadir pd mlm tersebut adalah seramai 2000 lebih. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian, Saudara Mohd Helmi b. Hj. Buang berkata, program seperti ini akan diteruskan & diperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang. Beliau amat berbesar hati dengan sambutan dan semangat penduduk Pontian yg tidak mengira usia dan kaum. Program seperti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan pelbagai peringkat usia.

Tahniah diucapkan kpd semua AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PONTIAN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sunday, October 19, 2014

Big Screen for Semi Final match - JDT vs Felda Utd

Salam Pemuda Pontian.

SANTAI BIG SCREEN PEMUDA PONTIAN. JOHOR DT vs FELDA UTD
Akan diadakan pada:-
Tarikh   : 20.11.2014 (Isnin),
Masa     : 8.30 mlm,
Tempat : Restoran Balkis berhadapan Tmn Sri Aman Pontian.

*Cabutan bertuah dan jamuan ringan disediakan.
**SEMUA DIJEMPUT DATANG.

p/s. War-warkan pada rakan-rakan lain dan war-warkan di Facebook dan laman sosial. Terima kasih.

Monday, October 13, 2014

Jejantas di Tmn Kobena di Lebuhraya Pasir Gudang berdekatan dgn Tmn Perling runtuh

Pada 12 Oktober 2014 yg lalu, penduduk daerah Johor Bahru amnya & pengguna lebuhraya Pasir Gudang khususnya tlh digemparkan dgn berita Jejantas pejalan kaki yg runtuh akibat ribut & hujan lebat yg melanda ketika itu. Dikhabarkan tiada kemalangan jiwa akibat drp peristiwa tersebut. Kenderaan yg terbabit dlm kejadian malang itu adalah sebuah lori dan beberapa kereta lain. Menurut seorang saksi yang juga salah seorang mangsa kejadian, beliau tdk menyangka jejantas itu akn runtuh kerana ketika kejadian itu berlaku, beliau sedang memandu keretanya & keadaan hujan yg turun amat lebat sehingga tidak nmpk jalan. Mujur beliau hanya cedera ringan shj. Perkara ini adalah yg pertama kali nya berlaku di daerah Jb. Siapa yg perlu dipersalahkan? Pihak mane yg perlu dipertanggungjawabkan atas kejadian yg tlh berlaku ini?

Thursday, October 9, 2014

Program Qurban sempena Hari Raya Aidiladha 1435H

Ahli Parlimen Pontian, YB. Datuk Hj. Ahmad b. Hj. Maslan tlh bermurah hati mengurniakan seekor lembu utk 3 sayap parti UMNO iaitu Wanita, Pemuda & Puteri Bahagian Pontian utk dikorbankan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha yg tlh disambut pd hari Ahad 5/10/14 bersamaan 10 Zulhijjah 1435h yg lps. Terima kasih Tok Mat serta Ajk Wanita, Pemuda & Puteri yg turut hadir dlm program tersebut yg diadakan di Masjid Jamek Pt. Panjang.

Saturday, September 13, 2014

Salam Takziah kpd Keluarga Arwah Riduan b. Rosli

Al-fatihah kepada (Riduan bin Rosli) anak lelaki ketua cawangan kg Persisir Bhg Tg Piai(ahli majlis mdp) En Rosli Tahir. Jatuh Bangunan di Tg Bin. Salam Takziah dari Pemuda UMNO Bhg Pontian. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Thursday, September 11, 2014

KEMBARA KERJAYA JOHOR UNTUK JOHOR 2014

Saturday, August 9, 2014

Antara Punca & Faktor Tan Sri Khalid Ibrahim ditukar MB

Punca Khalid Ibrahim ditukar MB kerana batalkan projek DAP ternakan babi terbesar di asia RM100 juta di Sepang -akui Tony Pua DAP pada MalaysiaKini
Like Page >> Boikot Barangan Cina Dap ORI

1.Tony Pua MP Dap hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi telah memberi sebab punca utama Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008. 

2.Projek ternakan babi mega terbesar di asia ini pada asalnya telah diluluskan oleh Teresa Kok selaku Exco Selangor 2008 yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan.

3.Teresa Kok MP DAP kini hasil pilihan Melayu Seputeh dulu telah menempatkan lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia ini di tempat penduduk majoriti Melayu iaitu di Sepang. Akan tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu melindungi Islam sensitiviti orang Melayu telah membatalkan projek mega RM100 juta ini.

4.Kini Hanipa Maidin MP PAS hasil pilihan Melayu Sepang antara individu yang paling lantang mengkritik tindakan Tuan Guru Hadi Awang kerana mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Kita semua sedia maklum bahawa parlimen Sepang adalah bekas lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia. Dan Hanipa Maidin MP PAS selaku peguam bela bagi kes kes syiah telah tekad mencadangkan lebih rela DAP menjadi MB Selangor.

5.Adakah Hanipa Maidin yang bersungguh sungguh mahu MB Khalid Ibrahim ditukar punya hubungkait projek ternakan babi mega terbesar Sepang dengan DAP? Kita sedia maklum Tony Pua MP DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi mengkritik secara lantang memberitahu bahawa sebab utama MB Khalid Ibrahim perlu ditukar adalah kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008.

Ya Allah, Jom semua kawan kawan kita CLICK SHARE dan KONGSI untuk kita sebarkan pada semua orang Melayu Selangor. Kita pertahankan MB Khalid Ibrahim habis habisan sebab dia telah bantu membela Melayu Islam dalam senyap.

Bukti Tony Pua DAP mengaku pu
nca utama Khalid Ibrahim ditukar kerana batalkan projek ternakan babi mega terbesar:
http://www.malaysiakini.com/news/270743
""Pegawai MB S'gor bersemuka dengan Rafizimalaysiakini.com

Monday, July 14, 2014

Program Bubur Lambuk Perdana anjuran Pemuda UMNO Bhg. Pontian

Program Bubur Lambuk Perdana yg dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pontian telah berlangsung dgn jayanya pd 12 Julai 2014m bersamaan 14 Ramadhan 1435h bertempat di perkarangan Masjid Pt. Ismail, Benut.

Majlis telah bermula seawal jam 9pagi dimana ada dikalangan AJK bhg persiapan tlh menyiapkan bhn2 & ramuan utk memasak bubur.

Beras sebnyk 30kg tlh digunakan utk memasak bubur lambuk dlm 3 buah periuk. Bubur lambuk ini dimasak secara gotong royong dgn kerjasama Ajk Pemuda Bhg. & Ajk Pemuda Caw. Pt. Ismail.

Lbh krg jam 4.20ptg, sebnyk 400 bekas tupperware bubur tlh diedarkan di Bazar Ramadhan Ayer Baloi & lg 400 bekas di Bazar Ramadhan pekan Pt. Betak.

Tuesday, June 10, 2014

Program Membara Sukan Rakyat

Hari / Tarikh : Sabtu
                        i)  14 Jun 2014 &
                        ii) 21 Jun 2014
Tempat : i) Dataran Dato' Jaluk
                  (DUN BENUT)
               ii) SMK Kayu Ara Pasong
                  (DUN PULAI SEBATANG)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

*Pelbagai acara akan dipertandingkan & program sampingan akan diadakan. Ayuh kwn2! Jom dtg beramai2! Ajk rakan2, ahli keluarga, sedara mara& sepupu sepapat dtg ke dua2 tempat program yg tlh dinyatakan di atas. Sekian, harap maklum.

Thursday, June 5, 2014

Ralat berkenaan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadhan

Pembetulan: sila berhubung terus dgn persatuan penjaja negeri masing masing...bank rakyat tidak dibekalkan sebarang borang..kelulusan adalah pengarah kpdnkk.harap maklum.jumlah pembiayaan rm3000 hanya kpd yg berniaga air dan makanan sahaja.bayaran balik tempoh 2 bln.

Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Terbuka kepada semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan
Warganegara Malaysia
Fakta Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Pinjaman tanpa faedah sehingga 30,000
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Skim Bazar Ramadan 2014

Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal.
Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat.
Permohonan juga boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.

Wednesday, May 28, 2014

Kemangkatan SULTAN PERAK

Salam. Dengan rasa sedih dan hibanya di maklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, Sultan Perak yang ke 34 (naik taktha pada 3 Februari 1984) telah MANGKAT di Institut Jantung Negara (IJN) 1.30 tengah hari tadi 28/5/2014 bersamaan 28 Rejab 1435h. Maklumat lanjut sila ikuti pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.
AL - FATIHAH.

Saturday, May 24, 2014

Karnival Kerjaya 2014

Karnival Kerjaya 2014 akan diadakan pd 1 Jun 2014 bertempat di Dewan Jubli Intan Pontian anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian PPUBP. Karnival sehari ini akan bermula seawal jam 8 pagi. Minta hebahkan kpd sanak saudara, shbt handai, rakan taulan & jiran tetangga. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pada nombor telefon yg tertera pd poster. Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Friday, May 23, 2014

Program Membara Seminar Asas Ekonomi & Keusahawanan 2014

Seminar asas Program Membara Ekonomi & Keusahawanan anjuran Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pontian yg telah dirasmikan oleh YB. Datuk Ir. Hj. Hasni b. Mohamed selaku Ketua UMNO Bahagian Pontian pd 24.5.2014 pukul 9pg bertempat di Dewan Jubli Intan Pontian. Jumlah kedatangan peserta adalah dianggarkan seramai 464 orang. Peserta terdiri dari kalangan usahawan2 seluruh daerah Pontian.

Wednesday, May 7, 2014

INFO BERKAITAN GST!!!

APAKAH YANG DIKATAKAN GST BERASASKAN INPUT & OUTPUT????

Ramai yang keliru & tidak faham, tidak terkecuali IPS sendiri sehinggalah beberapa model penjelasan setara dilakukan. 

Katakanlah Aunty Letchumy menjual karipap. Bahan mentah yang digunakannya ialah tepung, majerin, minyak masak, garam, kentang, gas memasak, dan serbuk kari. Katakanlah semua bahan mentah Aunty Letchumy termasuk dalam kategori kadar sifar GST maka tiada GST yang perlu ditanggung dalam kos bahan mentah Aunty Letchumy. Ini bermaksud GST bagi input iaitu bahan mentah Aunty Letchumy adalah sifar. 

Setelah siap menjadi produk iaitu karipap, bahan mentah tadi telah bertukar menjadi output dan karipap termasuk dalam kategori kadar standard GST. Ini bermaksud GST bagi output iaitu karipap Aunty Letchumy adalah 6% daripada jumlah jualan. 

Seandainya jumlah jualan karipap Aunty dalam tempoh 12 bulan ataupun setahun adalah sebanyak RM 500,000.00 dan ke atas maka Aunty Letchumy tergolong dalam kategori peniaga yang wajib mendaftar sebagai agen GST. 

Katakanlah jumlah jualan karipap Aunty Letchumy adalah sebanyak RM 500,000.00 dalam tempoh setahun maka jumlah GST yang dikenakan adalah sebanyak 6% daripada jumlah jualan iaitu RM 30,000.00 . 

Oleh kerana GST adalah cukai yang dikenakan ke atas mereka yang berbelanja maka Aunty Letchumy akan mengagihkan beban GST tersebut secara rata ke atas setiap daripada karipap yang dijual oleh beliau. 

Katakanlah setiap karipap Aunty Letchumy menyerap kos, bahan mentah dan keuntungan sebanyak RM 1.00 maka bilangan karipap dan harga termasuk GST boleh dikira seperti berikut:-

RM 500,000.00 / (Bahan Mentah + Kos + Untung = Harga Jualan Karipap oleh Aunty Letchumy) = Bilangan karipap yang perlu dijual oleh Aunty Letchumy agar perniagaan karipap tersebut dikenakan GST RM 500,000.00 / RM 1.00 = 500,000 biji karipap.

(RM 500,000.00 x 6%) / 500,000 biji karipap = RM 0.06 bagi setiap biji karipap Aunty Letchumy. 

RM 1.00 + RM 0.06 = RM 1.06 adalah Harga Jualan Termasuk GST bagi setiap biji karipap.

Jumlah Jualan Termasuk GST Aunty Letchumy = RM 500,000.00 + RM 30,000.00
                                                                                = RM 530,000.00

Akhirnya perbezaan antara output GST dan Input GST jualan karipap Aunty Letchumy ialah sebanyak RM 500,000.00 x 6% ditolak dengan 0(kosong) iaitu RM 30,000.00 dibayar kepada kerajaan oleh Aunty Letchumy sebagai agen bagi pihak kerajaan yang mengutip GST daripada pembeli.

Diharap penerangan yang panjang lebar ini tidak akan memeningkan kepala Aunty Letchumy dan kwn2 yg lain. Sekian, terima kasih. Tulisan ini adalah pandangan peribadi sahaja.  

Thursday, April 10, 2014

TUDUHAN ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA 1,000 ORANG PEMEGANG BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC).

TUDUHAN ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA 1,000 ORANG PEMEGANG BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC) ADALAH DUSTA BELAKA!

1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

4. Pemegang  Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963.

6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia  kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia.

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

Tuesday, April 8, 2014

KARNIVAL BUKU JELAJAH PBAKL 2014 bersempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

1 KARNIVAL BUKU JELAJA PBAKL 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 11 - 13 April 2014
Tempat : MRSM Tun Dr. Ismail, Ayer Baloi, Pontian, Johor
Masa   : 9.00 pagi - 7.00 malam

Dirasmikan oleh: YB Datuk Hj. Ahmad B. Hj. Maslan

NIKMATI DISKAUN HEBAT UNTUK BUKU-BUKU TERLARIS, BUKU-BUKU IMPORT ...........

ANTARA PROGRAM YANG TURUT DIADAKAN:-

1) PETA MINDA

2) PERMAINAN ROBOTIK

3) MEMBACA SEJUTA PEMBACA

4) CABUTAN BERTUAH

5) BICARA SANTAI JELAJAH BERSAMA : AZIZ DESA / ANA RAFALI / YATI HAMZAH / HAMID SELAMAT


" AKU CINTA BUKU / AKU CINTA KAMU "


PROGRAM SME BIZ TALK 2014

SESI PERKONGSIAN ILMU - HASIL DARI KAJIAN PASARAN DI ATAS PELUANG DAN CABARAN KEUSAHAWANAN DI DALAM INDUSTRI :-
1) PERUNCITAN 
2) PELANCONGAN
3) PENDIDIKAN 
4) MINYAK & GAS
5) KESIHATAN
6) TEKNOLOGI HIJAU


TARIKH : 8 MEI 2014
TEMPAT : ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTRE (IMIC), JLN SKUDAI,          DANGA BAY, JOHOR BAHRU, JOHOR.
BAYARAN: PERCUMA (FREE)
ANJURAN: SME BANK

# USAHAWAN YANG BERMINAT, SILA BERIKAN NAMA DAN NOMBOR TELEFON KEPADA PUJB 07-2224586 UNTUK KAMI BERIKAN BORANG DAN SURAT JEMPUTAN. 

Saturday, April 5, 2014

Program Jiwa Murni anjuran bersama Warga PDRM IPD Pontian, Ahli Parlimen Pontian, Penduduk Kampung dan JKKK Mukim Benut sempena peringatan "Hari Polis Ke~207".

Program Jiwa Murni anjuran bersama Warga PDRM IPD Pontian, Ahli Parlimen Pontian, Penduduk Kampung dan JKKK Mukim Benut sempena peringatan "Hari Polis Ke~207".

Program dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pontian.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Sdr Mohd Helmi bin Hj Buang turut menyumbangkan 3 bungkusan kepada keluarga miskin.

Tarikh : 4 April 2014 (Jumaat)
Masa : 2.45 Petang
Tempat : Kg. Pt. Kerimon, Benut

Turut hadir barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian.


Tok Mat Menyempurnakan Majlis dengan memaku bumbung sebagai simbolik perasmian.

Antara penduduk kampung dan pihak polis yang terlibat

Sdra Helmi menyampaikan sumbangan kepada Puan Mariam

Tok Mat memberi sedikit ucapan.

Antara Barisan KP, Barisan AJK PPUB Pontian dan Penduduk kg yang hadir menjayakan program.

Sdra Helmi Menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan En Yaakob Bin Paiman