Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

.....................................

Pemuda Umno Pontian

....................................

Wednesday, May 28, 2014

Kemangkatan SULTAN PERAK

Salam. Dengan rasa sedih dan hibanya di maklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzudin Shah, Sultan Perak yang ke 34 (naik taktha pada 3 Februari 1984) telah MANGKAT di Institut Jantung Negara (IJN) 1.30 tengah hari tadi 28/5/2014 bersamaan 28 Rejab 1435h. Maklumat lanjut sila ikuti pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.
AL - FATIHAH.

Saturday, May 24, 2014

Karnival Kerjaya 2014

Karnival Kerjaya 2014 akan diadakan pd 1 Jun 2014 bertempat di Dewan Jubli Intan Pontian anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian PPUBP. Karnival sehari ini akan bermula seawal jam 8 pagi. Minta hebahkan kpd sanak saudara, shbt handai, rakan taulan & jiran tetangga. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pada nombor telefon yg tertera pd poster. Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Friday, May 23, 2014

Program Membara Seminar Asas Ekonomi & Keusahawanan 2014

Seminar asas Program Membara Ekonomi & Keusahawanan anjuran Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pontian yg telah dirasmikan oleh YB. Datuk Ir. Hj. Hasni b. Mohamed selaku Ketua UMNO Bahagian Pontian pd 24.5.2014 pukul 9pg bertempat di Dewan Jubli Intan Pontian. Jumlah kedatangan peserta adalah dianggarkan seramai 464 orang. Peserta terdiri dari kalangan usahawan2 seluruh daerah Pontian.

Wednesday, May 7, 2014

INFO BERKAITAN GST!!!

APAKAH YANG DIKATAKAN GST BERASASKAN INPUT & OUTPUT????

Ramai yang keliru & tidak faham, tidak terkecuali IPS sendiri sehinggalah beberapa model penjelasan setara dilakukan. 

Katakanlah Aunty Letchumy menjual karipap. Bahan mentah yang digunakannya ialah tepung, majerin, minyak masak, garam, kentang, gas memasak, dan serbuk kari. Katakanlah semua bahan mentah Aunty Letchumy termasuk dalam kategori kadar sifar GST maka tiada GST yang perlu ditanggung dalam kos bahan mentah Aunty Letchumy. Ini bermaksud GST bagi input iaitu bahan mentah Aunty Letchumy adalah sifar. 

Setelah siap menjadi produk iaitu karipap, bahan mentah tadi telah bertukar menjadi output dan karipap termasuk dalam kategori kadar standard GST. Ini bermaksud GST bagi output iaitu karipap Aunty Letchumy adalah 6% daripada jumlah jualan. 

Seandainya jumlah jualan karipap Aunty dalam tempoh 12 bulan ataupun setahun adalah sebanyak RM 500,000.00 dan ke atas maka Aunty Letchumy tergolong dalam kategori peniaga yang wajib mendaftar sebagai agen GST. 

Katakanlah jumlah jualan karipap Aunty Letchumy adalah sebanyak RM 500,000.00 dalam tempoh setahun maka jumlah GST yang dikenakan adalah sebanyak 6% daripada jumlah jualan iaitu RM 30,000.00 . 

Oleh kerana GST adalah cukai yang dikenakan ke atas mereka yang berbelanja maka Aunty Letchumy akan mengagihkan beban GST tersebut secara rata ke atas setiap daripada karipap yang dijual oleh beliau. 

Katakanlah setiap karipap Aunty Letchumy menyerap kos, bahan mentah dan keuntungan sebanyak RM 1.00 maka bilangan karipap dan harga termasuk GST boleh dikira seperti berikut:-

RM 500,000.00 / (Bahan Mentah + Kos + Untung = Harga Jualan Karipap oleh Aunty Letchumy) = Bilangan karipap yang perlu dijual oleh Aunty Letchumy agar perniagaan karipap tersebut dikenakan GST RM 500,000.00 / RM 1.00 = 500,000 biji karipap.

(RM 500,000.00 x 6%) / 500,000 biji karipap = RM 0.06 bagi setiap biji karipap Aunty Letchumy. 

RM 1.00 + RM 0.06 = RM 1.06 adalah Harga Jualan Termasuk GST bagi setiap biji karipap.

Jumlah Jualan Termasuk GST Aunty Letchumy = RM 500,000.00 + RM 30,000.00
                                                                                = RM 530,000.00

Akhirnya perbezaan antara output GST dan Input GST jualan karipap Aunty Letchumy ialah sebanyak RM 500,000.00 x 6% ditolak dengan 0(kosong) iaitu RM 30,000.00 dibayar kepada kerajaan oleh Aunty Letchumy sebagai agen bagi pihak kerajaan yang mengutip GST daripada pembeli.

Diharap penerangan yang panjang lebar ini tidak akan memeningkan kepala Aunty Letchumy dan kwn2 yg lain. Sekian, terima kasih. Tulisan ini adalah pandangan peribadi sahaja.