Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

....................................................

Pemuda Umno Pontian

.....................................

Pemuda Umno Pontian

....................................

Thursday, April 10, 2014

TUDUHAN ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA 1,000 ORANG PEMEGANG BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC).

TUDUHAN ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA 1,000 ORANG PEMEGANG BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC) ADALAH DUSTA BELAKA!

1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

4. Pemegang  Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963.

6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia  kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia.

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

Tuesday, April 8, 2014

KARNIVAL BUKU JELAJAH PBAKL 2014 bersempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

1 KARNIVAL BUKU JELAJA PBAKL 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 11 - 13 April 2014
Tempat : MRSM Tun Dr. Ismail, Ayer Baloi, Pontian, Johor
Masa   : 9.00 pagi - 7.00 malam

Dirasmikan oleh: YB Datuk Hj. Ahmad B. Hj. Maslan

NIKMATI DISKAUN HEBAT UNTUK BUKU-BUKU TERLARIS, BUKU-BUKU IMPORT ...........

ANTARA PROGRAM YANG TURUT DIADAKAN:-

1) PETA MINDA

2) PERMAINAN ROBOTIK

3) MEMBACA SEJUTA PEMBACA

4) CABUTAN BERTUAH

5) BICARA SANTAI JELAJAH BERSAMA : AZIZ DESA / ANA RAFALI / YATI HAMZAH / HAMID SELAMAT


" AKU CINTA BUKU / AKU CINTA KAMU "


PROGRAM SME BIZ TALK 2014

SESI PERKONGSIAN ILMU - HASIL DARI KAJIAN PASARAN DI ATAS PELUANG DAN CABARAN KEUSAHAWANAN DI DALAM INDUSTRI :-
1) PERUNCITAN 
2) PELANCONGAN
3) PENDIDIKAN 
4) MINYAK & GAS
5) KESIHATAN
6) TEKNOLOGI HIJAU


TARIKH : 8 MEI 2014
TEMPAT : ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTRE (IMIC), JLN SKUDAI,          DANGA BAY, JOHOR BAHRU, JOHOR.
BAYARAN: PERCUMA (FREE)
ANJURAN: SME BANK

# USAHAWAN YANG BERMINAT, SILA BERIKAN NAMA DAN NOMBOR TELEFON KEPADA PUJB 07-2224586 UNTUK KAMI BERIKAN BORANG DAN SURAT JEMPUTAN. 

Saturday, April 5, 2014

Program Jiwa Murni anjuran bersama Warga PDRM IPD Pontian, Ahli Parlimen Pontian, Penduduk Kampung dan JKKK Mukim Benut sempena peringatan "Hari Polis Ke~207".

Program Jiwa Murni anjuran bersama Warga PDRM IPD Pontian, Ahli Parlimen Pontian, Penduduk Kampung dan JKKK Mukim Benut sempena peringatan "Hari Polis Ke~207".

Program dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pontian.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Sdr Mohd Helmi bin Hj Buang turut menyumbangkan 3 bungkusan kepada keluarga miskin.

Tarikh : 4 April 2014 (Jumaat)
Masa : 2.45 Petang
Tempat : Kg. Pt. Kerimon, Benut

Turut hadir barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian.


Tok Mat Menyempurnakan Majlis dengan memaku bumbung sebagai simbolik perasmian.

Antara penduduk kampung dan pihak polis yang terlibat

Sdra Helmi menyampaikan sumbangan kepada Puan Mariam

Tok Mat memberi sedikit ucapan.

Antara Barisan KP, Barisan AJK PPUB Pontian dan Penduduk kg yang hadir menjayakan program.

Sdra Helmi Menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan En Yaakob Bin Paiman

Program Gotong~Royong Denggi Bersama Pemimpin

Program Gotong~Royong Denggi Bersama Pemimpin telah dosempurnakan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pontian. 

Tarikh : 4 April 2014 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Surau Kg. Sri Mahkota, Pontian Besar

Barisan AJK PPUB Pontian turut hadir menjayakan majlis.







Wednesday, April 2, 2014

Taklimat Penerangan Persidangan Cawangan-Cawangan kepada Ketua Pemuda Cawangan

















Foto Taklimat Penerangan Persidangan Cawangan-Cawangan kepada Ketua Pemuda Cawangan pada 30/3/2014 (Ahad) jam 8.30 malam di Pejabat UMNO Bahagian Pontian.